Saturday, 23 June 2012

First day @ Miri

Lapangan Terbang Miri

Pada 22hb Mei 2012, pertama kali aku menjejakkan kaki di Bumi kenyalang. Bumi kenyalang suatu nama yang diberikan kepada negeri Sarawak. Sesampainya di lapangan Terbang Miri, aku dijemput oleh dua orag cikgu dari Sekolah Menengah Sains Miri, iaitu Cikgu Ali dan Cikgu Muhammad. Langsung aku dibawa ke lokasi yang ditujui. Kami menuju ke Sekolah Menengah Sains Miri. Perjalanan dari lapangan terbang ke kawasan sekolah mengambil masa lebih kurang 30 minit. Jarak masa ini kerana cikgu Ali membawa aku mengikuti jalan utama, jadi jaraknya agak jauh sedikit. kalau diiukutkan, ada jalan yang agak dekat. Katanya, ingin membawa aku jalan2.


Hari pertama di Sainsri

Sesampai je di perkarangan sekolah, terus dibawa oleh Puan Haslinda Binti Jedi ke bilik mesyuarat. Pada waktu itu, sedang berlangsung mesyuarat PIBG. Baru je sampai di sekolah, terus mengikuti mesyuarat PIBG.     Pengetua Puan Hajah Serina Sauni  memperkenalkan secara informal kami 2 orang guru baru kat Sainsri. Terima kasih kepada Puan Pengetua di atas great welcome itu. 

Xie Xie...


                                 Jamuan Makan Malam sempena Hari Guru dan majlis perpisahan

x sampai sehari berada di Sainsri, pada malamnye dah diajak untuk hadir bersama Jamuan Makan Malam Hari Guru. Majlis pada malam ini juga diadakan sempena 4 orang guru yang akan berpindah. Semalam bersama warga pendidik Sainsri di majlis ini  memberikan sedikit sebanyak sikap, sifat, ragam dan cara pergaulan mereka. Dah puas bertungkus-lumus, berhempas pula dengan kerja-kerja yang bertimbun di sekoah, maka pada masa-masa seperti ini lah mereka menghilangkan rasa stress, penat dan bebanan kerja. Dengan adanya majlis semcam ini, dapatlah juga mengurangkan rasa tekanan di dalam diri. Selepas menikmati hidangan yang beraneka makanan dan lauk-pauk nye serta pencuci mulutnya, diadakan sesi menyanyi. terbuka kepada sesiapa yang nak melepaskan tension, nak menghiburkan hati yang terbeban dengan tugas, bolehlah  menyanyi. dari sini sedikit sebanyak dapat memahami cara kerja warga Sainsri.

Enjoy the life....

No comments:

Post a Comment