Friday, 29 June 2012




Suasana semasa pemilihan ahli jawatankuasa rumah sukan Sigma yang bertempat di Makmal Fizik 2, pada jam 7 pagi. Perjumpaan ini dikendalikan oleh Ustazah Umi Bashirah Bte. Abu Bakar. Beliau memberikan ucapan pembukaan perjumpaan, seterusnya menyatakan tujuan perjumpaan pada kali ini.


Antara nama2 yang terpilih sebagai ahli jawatankuasa rumah Sigma...

Tahniah dan Good Luck to all of U...


Pada petangnya pula, latihan rumah sukan pula menyusul...




  Scenes sekitar hari latihan sukan pada petang rabu. Para pelajar mengadakan latihan sukan mengikut rumah sukan, masa dan acara yang telah ditetapkan oleh penyelaras ko-kurikulum. 
(sumber gambar: Cikgu Wilfraid)



Saturday, 23 June 2012

2 minggu pertama di SAINSRI

22hb 5 ak sampai ke sini, secara x formalnye aku dah dikira sebagai warga SAINSri.
23hb 5 baru secara aku disahkan sebagai warga SAINSri.

22hb - 25hb 5 (4 hari), sempat jugak la aku berjumpa dan berkenal-kenalan dengan pelajar-pelajar kat sini.

26hb 5 para pelajar berada kat umah masing-masing dah. kebetulan tarikh aku melapor diri kat sekolah, sekolah pulak akan bercuti selama 2 minggu. Nasib badan la katakan...

Dalam masa 2 minggu ni, ada la beberapa aktiviti yang dilakukan. Tetapi, yang selalu dilakukannya ialah keluar ke bandar Miri. Bukan bertujuan apa, just sekadar mencari barang2 keperluan dan kelengkapan rumah je. Sambil2 kenal tempat orang kan.. ok jugak la bandar miri ni.. kawasan dia agak padat jugak la... kalo first time tu memang leh sesat jugak lah... tapi kalo dah slalu pergi, ok la. Best gak dok sini.

Dalam masa 2 minggu ni la aku setelkan urusan2 rasmi, as pergi ke Lembagas Hasil Dalam Negeri (LHDN), dan  Pejabat Imigresen untuk copkan passport.

SM Sains Miri at a glance...

Logo SM Sains Miri



Wujud ker sekolah ni?
Sekolah Menengah Sains Miri atau nama ringkasnya SM Sains Miri, merupakan sebuah Sekolah menengah sains yang terletak di Jalan Bakam. Nama timangannya Sainsri.

Basic Info sal SM Sains Miri:
Moto: Berusaha Berilmu Beramal
Jenis: Sekolah Menengah Sains, sekolah kerajaan...
Kod Sekollah: YEA4104
Lokasi: Jalan Bakam, 98000 Miri, Sarawak.
Telefon: 6085421371
Faks: 6085411050


Sejarah ringkas SAINSRI
Sekolah Menengah Sains Miri ialah salah sebuah sekolah berasrama penuh(SBP) di Malaysia dan merupakan SBP pertama di Sarawak. Terletak berhadapan dengan Luak Esplanade, sekolah ini terletak 10 kilometer daripada pusat bandar raya Miri, Sarawak. Sekolah ini juga terletak berhampiran dengan Institusi Perguruan Malaysia Sarawak dan Lapangan Terbang Miri.
Sekolah ini telah dibina di atas tanah seluas 18.55 kilometer. Ditubuhkan paha 1 Januari 1990, kumpulan pertama yang mendaftar merupakan kumpulan pelajar Tingkatan Satu, Empat dan Enam Rendah. Semasa awal operasinya, cuma lima orang guru termasuk pengetua telah melapor diri dan diikuti oleh 13 orang guru pada bulan Februari 1990. Menjelang tahun 1995, pengambilan pelajar Tingkatan Enam bawah telah dihentikan dan bagi sesi persekolahan 1995/1996, sekolah ni menempatkan pelajar Matrikulasi Universiti Kebangsaan Malaysia seramai 26 orang sebelum kolej matrikulasi dibina di Wilayah Persekutuan Labuan. Program matrikulasi tersebut telah dihentikan pada tahun 2000 setelah diambilalih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

5 PENERAJU UTAMA SAINSRI
1.    Puan Zakiah binti Haji Omar (1990-1992)
2.    Tuan Baharin Harun (1992-1997)
3.    Puan Rosey binti Haji Yunus (1997-2006), kini ADUN Sarawak N21 Bekenu
4.    Puan Lily binti Morni (2006-2009)
       5.    Pengetua Cemerlang Puan Hajah Serina binti Sauni (2009-sekarang) 


PENGGERAK KEJAYAAN SAINSRI
       - Badan Bertindak Tertinggi Sekolah (BBTS) 
            - yang dianggotai oleh Timbalan Pengetua Pentadbiran, 
            - Timbalan Pengetua Hal Ehwal Pelajar, 
            - Timbalan Pengetua Kokurikulum, 
            - Guru Kanan Bahasa, 
            - Guru Kanan Kemanusiaan, 
            - Guru Kanan Vokasional dan Teknikal, 
            - Guru Kanan Sains dan Matematik dan 
            - Guru-guru kaunseling
            - staf bukan akademik ( untuk mengurus pentadbiran sekolah.)


First day @ Miri

Lapangan Terbang Miri

Pada 22hb Mei 2012, pertama kali aku menjejakkan kaki di Bumi kenyalang. Bumi kenyalang suatu nama yang diberikan kepada negeri Sarawak. Sesampainya di lapangan Terbang Miri, aku dijemput oleh dua orag cikgu dari Sekolah Menengah Sains Miri, iaitu Cikgu Ali dan Cikgu Muhammad. Langsung aku dibawa ke lokasi yang ditujui. Kami menuju ke Sekolah Menengah Sains Miri. Perjalanan dari lapangan terbang ke kawasan sekolah mengambil masa lebih kurang 30 minit. Jarak masa ini kerana cikgu Ali membawa aku mengikuti jalan utama, jadi jaraknya agak jauh sedikit. kalau diiukutkan, ada jalan yang agak dekat. Katanya, ingin membawa aku jalan2.


Hari pertama di Sainsri

Sesampai je di perkarangan sekolah, terus dibawa oleh Puan Haslinda Binti Jedi ke bilik mesyuarat. Pada waktu itu, sedang berlangsung mesyuarat PIBG. Baru je sampai di sekolah, terus mengikuti mesyuarat PIBG.     Pengetua Puan Hajah Serina Sauni  memperkenalkan secara informal kami 2 orang guru baru kat Sainsri. Terima kasih kepada Puan Pengetua di atas great welcome itu. 

Xie Xie...


                                 Jamuan Makan Malam sempena Hari Guru dan majlis perpisahan

x sampai sehari berada di Sainsri, pada malamnye dah diajak untuk hadir bersama Jamuan Makan Malam Hari Guru. Majlis pada malam ini juga diadakan sempena 4 orang guru yang akan berpindah. Semalam bersama warga pendidik Sainsri di majlis ini  memberikan sedikit sebanyak sikap, sifat, ragam dan cara pergaulan mereka. Dah puas bertungkus-lumus, berhempas pula dengan kerja-kerja yang bertimbun di sekoah, maka pada masa-masa seperti ini lah mereka menghilangkan rasa stress, penat dan bebanan kerja. Dengan adanya majlis semcam ini, dapatlah juga mengurangkan rasa tekanan di dalam diri. Selepas menikmati hidangan yang beraneka makanan dan lauk-pauk nye serta pencuci mulutnya, diadakan sesi menyanyi. terbuka kepada sesiapa yang nak melepaskan tension, nak menghiburkan hati yang terbeban dengan tugas, bolehlah  menyanyi. dari sini sedikit sebanyak dapat memahami cara kerja warga Sainsri.

Enjoy the life....